Monday, August 2, 2010

Musibah di Pagi Hari

Rabu,12hb Julai 2010..

Ketika dalam perjalananku untuk ke kelas English pagi tu jalan sungguh sesak, banyak kereta dan motorsikal berasak-asak untuk ke destinasi masing-masing. apa yang pasti mereka pasti berkhidmat untuk ilmu. ada yang pergi untuk menuntut ilmu, ada yg pergi untuk memberi ilmu, dan ada juga yg pergi untuk menguruskan pentadbiran orang yg menuntut ilmu. Begitulah suasana setiap pagi hari di bumi UTM ini. lagi-lagi pada pukul 7.30 hingga ke pukul 8.00 pagi. sebab itu lah "waktu kecemasan" untuk ke kelas dan pejabat. akulah antara salah seorang yg 'menyertai' kesesakan tu.huhu

Namun nasibku di pagi hari ni tak cukup baik. bila tiba kat simpang 3 di hadapan Fakulti Awam yg lama, banyak kereta sedang menunggu untuk melintas. aku pun berhenti di belakang kereta-kereta tersebut. nak cilok-cilok tak boleh sebab jalan kat situ kecil dan masa tu baru lepas hujan, jalan licin. malangnya, bila aku berhentikan 'awekku' yg selalu menemaniku ke sana sini itu dilanggar oleh seorang pemuda yg agak 'bangang' dari belakang. bukanku ingin celupar tapi itulah perkataan yg selayaknya bagi seorang lelaki yg tak tahu mengenal erti adab dan sopan, yang mungkin mahu mengelakkannya dirinya dari dipersalahkan, lantas tanpa rasa bersalah di maki hamun aku yg masih terkejut dek pelanggaran tadi.

Sungguh malang nasibku, dahla dilanggar. kemudian dimaki hamun pula ibarat jatuh ditimpa jambatan konkrit. aku yg dah terjatuh tercampak macam cempedak 'bonyok' tadi, lantas bangun dengan segera sebab aku terjatuh kat lorong sebelah. nasib tak kena langgar dengan kereta yg bertentangan. nasib baik juga aku sempat mengelak, kalau tak habis kaki aku terhempap motor aku yg diehmpap motor TZM dia. kalau tak, boleh patah kaki aku sebab dia nak angkat motor dia sorang-sorang pon tak mampu. bila orang lain datang tolong angkat motor dia, dia terus pecut laju. ikut hati nak aku saman lelaki 'bangang' tu. tapi tak sempat nak ambik no plat dia.

akibat dari eksiden tu, sauber motor aku patah. asal jalan langgar bonggol atau jalan tak rata je, mesti rasa gegar kuat. kasut lusuhku sejak tahun 1 pun terkoyak dek eksiden itu.. aduhai, nak tukar baru, duit tinggal berapa ringgit je ni. dugaan buatku....dah seminggu motorku begitu. biarlah ia sampai aku ada duit nanti. maafkan diriku duhai 'awek'ku...

mungkin musibah ini kifarah buat menghapus dosa-dosaku yg menggung tinggi. mungkin jua buat menguji kesabaran diriku dikala aku sedang dihimpit kesusahan. apapun alasannya, ku pasrah segalanya pada Mu. ku terima segala musibah ini, mungkin dengan cara ini dapat mendekatkanku dengan dirimu dan mengukuhkan keimananku padamu. moga-moga dengannya Kau ampuni dosaku dan mengangkat kasih sayangMu terhadapku yg hina ini.

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah al-ankabut, 29:2-3)

wallahu a'lam.