Friday, January 14, 2011

PERKAHWINAN FAKHRUL ANUAR DAN MUZDALIFAH

Aku tak dapat menhadiri majlis akad nikah mereka kerana aku terpaksa ke Aceh untuk program global outreach anjuran FTI. aku bertolak pada 3 Dis, sedangkan majlis akad nikah mereka pada 4 Dis. apapu doaku sentiasa mengiringi mereka.

Aku pulang ke rumah seminggu sebelum majlis walimah mereka dilangsungkan. semasa perjalanan pulang, aku sempat singgah di majlis walimah kawan sekolahku, Izyan Fauzi. sempat juga singgah di Ayer Hitam. Setelah sampai di rumah, aku tahu banyak persiapan yang perlu dilaksanakan. sepanjang membuat persiapan tu, banyak perkara yang aku pelajari. antaranya:

1. Mengenali pokok lengkuas serta cara mencabutnya dari tanah dan membersihkannya.
2. Mengetahui betapa pentingnya hidup bermasyarakat. saling tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira masa,tenaga, dan harta.
3. Mengenal hati budi orang termsauk saudara-mara sendiri.

-ada yang banyak membantu tanpa banyak bicara,
-ada yang membantu dan banyak 'bicaranya',
-ada juga yang kononnya banyak membantu dan 'banyak bicaranya'
-ada juga yang mahu dirinya dijemput bagai tetamu kehormat sedangkan yg kawin tu adalah anak saudaranya sendiri.

Pelbagai ragam manusia. pelbagai masalah juga yang dihadapi abangku dan isterinya hadapi. moga bahtera kehidupan rumahtangga yang mereka lalui itu akan dihadapi dengan tabah dan bahgia. Barakallu lakuma wajama'a bainakuma fi khair.

SETELAH SEBULAN MENINGGALKAN BUMI ACEH DARUSSALAM

Sudah sebulan masa berlalu satu kenangan yang sangat berharga dalam hidupku. Merentasi awan jauh beribu kilometer menyeberangi Laut Selat Melaka demi mencari secebis pengalaman di bumi Aceh. Bumi yang pernah digemparkan dengan peristiwa Tsunami yang begitu dahsyat. Pengajaran dari Allah kepada hamba-hambanya supaya mendekatkan diri kepada-Nya. Mereka berubah, namun semua kesan itu hanya sementara. Kini mereka telah tersasar dari cara hidup yang lebih jauh dari Islam. Hanya segelintir sahaja yang masih berpegang teguh dengan tali-tali Allah.

Antara mereka yang amat ku sanjung adalah pejuang-pejuang di Pesantren Babun Najah. Mereka berjuang mendidik generasi baru supaya dapat memakmurkan kembali bumi Aceh dengan Islam pada masa akan datang. Mereka tidak berkira-kira tentang gaji dan tidak berkira-kira tentang status kehiupan. Impian hanya satu, demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi inspirasi perjuanganku pada masa akan datang. insyaAllah. Antara mereka yang ku ingat ialah:

1. Ustaz Edi Azhari

2. Ustaz Nur Khalid

3. Ustaz Ariffin

4. Ustaz Munawar Hafizhi

5. Ustaz Rizqi

6. Ustaz Multazam

7. Ustaz Thala

8. Ustaz Khairul Azwa

9. Ustaz Idris

10. Ustaz Eldino

Kenangan-kenangan indah bersama mereka tak mungkin dapat ku lupakan. Teringat hari terakhir di sana, aku bersama-sama ustaz Arifin menaiki motorsikal untuk pergi membeli kopi Aceh dan dendeng sebagai ole-ole untuk pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di Pesantren, kawan-kawan semua sudah siap sedia untuk bertolak pulang. Aku memulakan ucapan perpisahan dengan sedikit senda gurau, adakala nada sedih. Setelah selesai,kami pun menaiki bas, aku dan beberapa kawan menitiskan air mata kerana terlalu sedih untuk meninggalkan kenalan yang hanya baru 4 hari. Adakah ini benar-benar ukhwah yang sebenar? Mudha-mudahan. Azamku kuat untuk ke sana lagi. Moga tercapai cita-citaku ini.

MENILAI ADAT DAN SYARIAT

Adat dan syariat adalah dua perkara yang saling berkaitan dengan kehidupan manusia. Ia bertujuan menyusun atur kehidupan manusia supaya lebih tersusun dan harmoni. Cuma bezanya adat itu berasal dari ketetapan manusia berdasarkan akalnya, manakala syariat berasal dari ketetapan yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana yang disampaikan oleh Rasulullah kepada seluruh umat manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al-Anbiya’,21:107)

Adat itu adakalanya membawa kemudahan dan keharmonian hidup manusia, tetapi adalanya membawa kesusahan dan kerosakan kehidupan. Ia sangat bergantung kepada keadaan dan situasi semasa dan setempat. Manakala syariat pula akan sentiasa membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia tanpa mengenal masa dan keadaan. Walaupun terkadang merasakan ia menyusahkan, tetapi pastinya ada hikmah di sebaliknya kerana ia adalah ketetapan yang Maha Bijaksana, dari Tuhan yang menciptakan manusia dan segala-galanya.

Setiap adat perlu dipastikan agar tidak menyusahkan dan tidak memberi kemudharatan kepada manusia dan makhluk selainnya. Ia juga perlu dipastikan agar tidak bertentangan dengan syariat. Berbeza dengan syariat, ia akan berdiri dengan sendirinya tanpa perlu ada dokongan lain. Bahkan ia menjadi kayu ukur kepada adat agar tidak berlaku pertentangan antaranya. Jika berlaku pertentangan antara kedua-duanya, maka mesti diutamakan syariat. Tidak kira samada adat itu dikemudiankan ataupun ditinggalkan terus.

Contoh yang paling jelas dalam kehidupan sekarang ialah dalam masalah perkahwinan. Banyak perkara adat yang sering berlaku pertentangan dengan syariat seperti dalam hal hantaran yang terlalu tinggi. Hantaran adalah sesuatu adat dalam masyarakat, tiada ketetapan lagnsung dalam Islam. Ianya hanya sebagai pertukaran hadiah dari kedua-dua belah pengantin. Itu tidak menjadi masalah kerana tidak bertentangan dengan syariat. Masalahnya adalah hantaran yang ditetapkan adalah terlalu tinggi sehinggakan pihak lelaki tidak mampu untuk menyediakannya dan terpaksa tunggu bertahun-tahun untuk mencukupkan wang simpanannya. Apatah lagi kos perbelanjaan yang tinggi pada zaman sekarang. Sehinggalah terkadang berlaku kes seks rambang, seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya lantaran tidak dapat melepaskan nafsu pada jalan yang halal melalui syariat kerana terhalang oleh adat.

Wallahu a’lam. Sama-sama kita renungkan dan beramal.