Di pagi yang penuh hening dan keperitan menghunus minda meng'edit' tesis master, inginku curahkan rasa hati sebagai muhabasah diri.Bermula pd malam ini, semakin bertambalah usia dewasaku. tahun baru hijrah yg mula mengetuk jendela hatiku untuk kembali mereratkan cinta dengan-Nya yg kian ku jauhi wlpn cuba dihiasi dengan ibadah setiap hari. mungkin kerana terselitnya debu dosa dan kealpaan yg bertakhta.
Terlalu perit bermujahadah utk sentiasa di jalanNya, apatah lagi utk meraih cintaNya dan RasulNya, sgt2 memerlukan keikhlasan dari lubuk hati yg tulus. Azamku untuk sentiasa menjaga solat berjemaah, memperbaiki hubungan dgn orang di sekeliling, sentiasa menjaga zikir ma'thurat, isitighfar (100x setiap hari), sentiasa solat dhuha, jalankan satu bisnes, dan laksanakan perancangan yg telah dibuat dgn baik. Moga semua azamku utk memperbaiki diri pd tahun ini dapat dilaksanakan dgn sebaiknya. moga aku benar2 ikhlas utk berubah dan istiqamah dlm hijrahku.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah, 2: 218)
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nisa’, 4: 100).