Friday, January 14, 2011
PERKAHWINAN FAKHRUL ANUAR DAN MUZDALIFAH
SETELAH SEBULAN MENINGGALKAN BUMI ACEH DARUSSALAM
Sudah sebulan masa berlalu satu kenangan yang sangat berharga dalam hidupku. Merentasi awan jauh beribu kilometer menyeberangi Laut Selat Melaka demi mencari secebis pengalaman di bumi Aceh. Bumi yang pernah digemparkan dengan peristiwa Tsunami yang begitu dahsyat. Pengajaran dari Allah kepada hamba-hambanya supaya mendekatkan diri kepada-Nya. Mereka berubah, namun semua kesan itu hanya sementara. Kini mereka telah tersasar dari cara hidup yang lebih jauh dari Islam. Hanya segelintir sahaja yang masih berpegang teguh dengan tali-tali Allah.
Antara mereka yang amat ku sanjung adalah pejuang-pejuang di Pesantren Babun Najah. Mereka berjuang mendidik generasi baru supaya dapat memakmurkan kembali bumi Aceh dengan Islam pada masa akan datang. Mereka tidak berkira-kira tentang gaji dan tidak berkira-kira tentang status kehiupan. Impian hanya satu, demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi inspirasi perjuanganku pada masa akan datang. insyaAllah. Antara mereka yang ku ingat ialah:
1. Ustaz Edi Azhari
2. Ustaz Nur Khalid
3. Ustaz Ariffin
4. Ustaz Munawar Hafizhi
5. Ustaz Rizqi
6. Ustaz Multazam
7. Ustaz Thala
8. Ustaz Khairul Azwa
9. Ustaz Idris
10. Ustaz Eldino
Kenangan-kenangan indah bersama mereka tak mungkin dapat ku lupakan. Teringat hari terakhir di sana, aku bersama-sama ustaz Arifin menaiki motorsikal untuk pergi membeli kopi Aceh dan dendeng sebagai ole-ole untuk pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di Pesantren, kawan-kawan semua sudah siap sedia untuk bertolak pulang. Aku memulakan ucapan perpisahan dengan sedikit senda gurau, adakala nada sedih. Setelah selesai,kami pun menaiki bas, aku dan beberapa kawan menitiskan air mata kerana terlalu sedih untuk meninggalkan kenalan yang hanya baru 4 hari. Adakah ini benar-benar ukhwah yang sebenar? Mudha-mudahan. Azamku kuat untuk ke sana lagi. Moga tercapai cita-citaku ini.
MENILAI ADAT DAN SYARIAT
Adat dan syariat adalah dua perkara yang saling berkaitan dengan kehidupan manusia. Ia bertujuan menyusun atur kehidupan manusia supaya lebih tersusun dan harmoni. Cuma bezanya adat itu berasal dari ketetapan manusia berdasarkan akalnya, manakala syariat berasal dari ketetapan yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana yang disampaikan oleh Rasulullah kepada seluruh umat manusia. Firman Allah:
Maksudnya: “dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al-Anbiya’,21:107)
Adat itu adakalanya membawa kemudahan dan keharmonian hidup manusia, tetapi adalanya membawa kesusahan dan kerosakan kehidupan. Ia sangat bergantung kepada keadaan dan situasi semasa dan setempat. Manakala syariat pula akan sentiasa membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia tanpa mengenal masa dan keadaan. Walaupun terkadang merasakan ia menyusahkan, tetapi pastinya ada hikmah di sebaliknya kerana ia adalah ketetapan yang Maha Bijaksana, dari Tuhan yang menciptakan manusia dan segala-galanya.
Setiap adat perlu dipastikan agar tidak menyusahkan dan tidak memberi kemudharatan kepada manusia dan makhluk selainnya. Ia juga perlu dipastikan agar tidak bertentangan dengan syariat. Berbeza dengan syariat, ia akan berdiri dengan sendirinya tanpa perlu ada dokongan lain. Bahkan ia menjadi kayu ukur kepada adat agar tidak berlaku pertentangan antaranya. Jika berlaku pertentangan antara kedua-duanya, maka mesti diutamakan syariat. Tidak kira samada adat itu dikemudiankan ataupun ditinggalkan terus.
Contoh yang paling jelas dalam kehidupan sekarang ialah dalam masalah perkahwinan. Banyak perkara adat yang sering berlaku pertentangan dengan syariat seperti dalam hal hantaran yang terlalu tinggi. Hantaran adalah sesuatu adat dalam masyarakat, tiada ketetapan lagnsung dalam Islam. Ianya hanya sebagai pertukaran hadiah dari kedua-dua belah pengantin. Itu tidak menjadi masalah kerana tidak bertentangan dengan syariat. Masalahnya adalah hantaran yang ditetapkan adalah terlalu tinggi sehinggakan pihak lelaki tidak mampu untuk menyediakannya dan terpaksa tunggu bertahun-tahun untuk mencukupkan wang simpanannya. Apatah lagi kos perbelanjaan yang tinggi pada zaman sekarang. Sehinggalah terkadang berlaku kes seks rambang, seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya lantaran tidak dapat melepaskan nafsu pada jalan yang halal melalui syariat kerana terhalang oleh adat.
Wallahu a’lam. Sama-sama kita renungkan dan beramal.
Saturday, December 11, 2010
Disebalik Tsunami
keadaan di Aceh menjadi kucar-kacir. rakyat semakin takut. saban hari ada sahaja rakyat Aceh dibunuh oleh tentera Indonesia. tidak kira sama ada orang yg dibunuh itu ahli GAM atau rakyat biasa. bahkan apabila malam menjelma, rakyat Aceh tidak berani untuk keluar ke rumah kerana takut dibunuh. namun pada masa itu, akhlak dan budaya rakyat Aceh masih dalam keadaan baik. masih mengikut adat kebiasaan dan landasan syariat Islam.
setelah peristiwa tsunami berlaku pada disember 2004, banyak perubahan yg telah berlaku. pada tahun yg pertama, masyarakat mula sedar akan bala Allah yg menimpa itu. semuanya kembali patuh dan sujud kepada Allah. masjid-masjid dipenuhi dengan jamaah setiap waktu solat. bahkan bagi sesiap yg berani membonceng berdua-duaan laki dan perempuan yg bukan mahram, akan dicaci maki oleh masyarakat dan dikatakan merekalah punca tsunami. bahkan mungkin akan dipukul.
Kekacauan daripada tentera Indonesia mula reda. mereka mula berdamai. Usaha GAM pun sudah tidak sehebat seperti sebelumnya. rakyat mulai merasa aman dan tenteram walaupun pada hakikatnya mereka masih sedih dan trauma dgn peristiwa tsunami yg merenggut berjuta-juta nyawa sahabat karib dan kaum kerabat serta memusnahkan pelbagai kemajuan yg dicapai.
Namun semua itu mungkin tidak terlalu bermakna kerana akhlak dan peribadi masyarakat Aceh mulai pudar, mulai terpengaruh dengan budaya luar. banyak bantuan daripada kerajaan dan NGO daripada negara luar. mereka membawa budaya pakaian dan pergaulan yg teruk ke dalam masyarakat Aceh. bahkan ada yg merekrut wanita-wanita Aceh untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat kampung dengan syaratnya mesti memakai pakaian ketat. pada mulanya, masyarakat kampung tidak mahu menerima.tetapi apakan daya mereka. sudah dihimpit kesusahan dan kedhaifan. mereka terpaksa akur kerana apabila mereka tidak setuju dengan perkara tersebut, mereka tidak akan menerima bantuan tersebut.
perkara ini terus berlanjutan sehinggalah keadaan ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat. masyarakat Aceh sudah mula terpengaruh dengan cara berpakaian dan cara pergaulan yg buruk itu. sehinggalah akhlak dan budi pekerti mereka lebih teruk daripada sebelum tsunami. bahkan ada sebahagia mereka yg berasa malu jika Aceh masih dikaitkan dengan Serambi Mekah kerana keadaannya sudah jauh berbeza terutama selepas tsunami.
demikianlah sebahagian catitan yg saya perolehi. mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua yg sudi membaca. segala kecacatan dan kekurangan dalam catitan yg serba kekurangan ini, harap dimaafkan dan diberikan cadangan dan idea untuk perbaikan.
wallahu a'lam.
Kamus Dwi-Bahasa Aceh-Malaysia
1. Labi-labi = Teksi, van penumpang
2. rung = sungai
3. ano = pasir
4. dendeng = kepingan daging(rasanya seperti satay)
5. spedar = basikal
6. motor = kereta
7. honda = motorsikal
8. SIM = Surat Izin Memandu, seperti Lesen Memandu.
9. kwas = berus
10. nongkrong = lepak-lepak
11. teku = gelaran bagi keturunan raja
12. tengku = gelaran bagi seorang yg berlimu tinggi
13. lebay = gaya berlebihan
14. waria = wanita-pria (lelaki lembut)
15. bet = angkat
16. lon je bet = saya pandai mengaji
17. JJS = jalan-jalan sore
18. JJM = jalan-jalan malam
19. warnet = warung/kedai internet
20. warkop = warung/kedai kopi
21. seru = asyik/nikmat sekali
22. barak = rumah khusus bagi mangsa tsunami
23. Pede = percaya diri
24. massal = ramai-ramai
25. ngupi bareng = minum kopi bersama-sama
26. mano = mandi
27. manok = ayam
28. lon jek cot foto = jom kita ambil gambar
29. boh mei = asam jawa
30. boh rom-rom = kuih ondeh-ondeh
31. maknyus = enak/lazat
32. jep ei = minum air
33. abegi = anak baru gede/besar
34. kewalahan = kesusahan
35. caper = suka cari perhatian
36. rencong = senjata tentera Aceh, seperti keris
37. CLBK = cinta lama berdarah kembali
38. permin/bon-bon = gula-gula
39. buka kartu = buka rahsia
itulah sahaja yg aku ada. kalau ada tambahan,sila kongsi sama-sama. kalau ada yg salah, silakan komen dan perbetulkan. untuk kenangan bersama.
Keistimewaan Nanggroe Aceh Darussalam yang Aku Ketahui
Indahnya Aceh ini kerana pada satu masa dahulu merupakan salah satu pusat perdangangan terpenting di dunia seperti Melaka. bahkan Aceh pernah digelar Serambi Mekah kerana ajaran agama Islam sangat hebat dikembangkan di sini oleh pendakwah-pendakwah luar dan dalaman. masyarakatnya terdidik dengan suasana keilmuwan dan keindahan akhlak berlandaskan syariat Islam. bahkan sejarah Aceh sendiri dekat dengan Malaysia. ada putera Pahang yang berkahwin dengan puteri Aceh. bahasa mereka juga hampir sama seperti Bahasa Malaysia. cuma bahasa seharian atua bahasa pasar mereka yg lari jauh.sukar untuk difahami. terdapat juga perbezaan bahasa mengikut tempat seperti di Aceh Tengah, Kacamatang, dan sebagainya. keadaan ini hampir sama seperti di Malaysia, terdapat perbezaan bahasa di Kelantan, Kedah, Terengganu, Sarawak, dan selainnya.
Aceh juga terkenal dengan beberapa kesenian tradisional. bahkan ketika kami datang ke IAIN ar-Raniry dan Pesantren Babun Najah, kami dihidangkan dengan persembahan-persembahan yg menarik seperti Tarian Seudati, Tarian Rebana, Rapai Geleng, dan Likok Pulo. persembahan-persembahan tersebut sungguh menggamit hati kami. bahkan kami juga dikhabarkan bahawa tarian Rapa'i Geleng sudah sampai di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia. kalau di Malaysia pula, kita ada Tarian Kuda Kepang, Zapin, Dikir Barat, Boria, dan lain-lain lagi.
Bahkan di Aceh juga terdapat beberapa makanan tradisi yg begitu enak sekali antaranya nasi ragih, kuih lingkang, dendeng, dan mee goreng Acheh. disebalik itu, aceh juga lebih terkenal dengan keenakan minuman daripada kopi. Ulee kareng merupakan satu kawasan yg amat terkenal dengan kopi yg enak, terutama di sebuah kedai yg dinamakan 'Kopi Solong'. kopi ini sangat masyur sejak tahun 1960an. ''bahkan Nazrey, bekas ahli kumpulan Raihan juga sangat menggemari Kopi Solong, padahal pada awalnya beliau langsung tidak meminati minuman kopi'' kata salah seorang guru di Pesantren Babun Najah. membang terbukti enak sekali kopi solong apabila kami merasainya buat kali pertama di kedai kopi tersebut. rasanya hampir sama seperti Kopi Kluang Railway di Malaysia. namun, ramuannya terasa lebih segar dan asli. setiap daripada kami membawa pulang kopi solong untuk dirasainya lagi.
Dari Sudut Politik pula, Aceh yg merupakan sebahagian daripada Indonesia yg mengamalkan demokrasi yg sebenar-benarnya. pemimpin atau pemerintah boleh sahaja dikriktik dan dicaci maki sekiranya berlakuk ketidakadilan dan kekusutan dalam pemeritahannya. bahkan pelajar atau mahasiswa sendiri bebas bersuara menyatakan suara hati mereka. bukan seperti di Malaysia. mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik dan bersuara dalam hal berkaitan politik. inilah salah satu faktor yg menyebabkan minda mahasiswa tidak berkembang. hanya berfikir dalam ruang lingkup yg kecil sahaja.
Dari sudut pendidikan pula, ada satu sistem yang sangat mantap. para mahasiswa dan mahasiswi akan menghadapi KKN(Kuliah Kerja Nyata) dan KPM(Kuliah Pengabdian Masyarakat). KKN ialah kuliah yg mengikut kebiasaan di kampus. manakala KPM pula ialah mahasiswa dan mahasiswi akan dihantar selama 45hari ke kampung-kampung untuk berkhidmat kepada masyarakat. bahkan ini akan diberikan mata atau skor dalam matapelajaran kuliah. KPM mengandungi 3 modul iaitu rapid rural approach iaitu mendapatkan dana daripada pelbagai pihak untuk membangunkan pesantren-pesantren, participation rural approach iaitu mengenalpasti potensi-potensi sesebuah kampung, kemudian membangunkan kampung terbabit mengikut potensi tersendiri, dan participation action reseacrh iaitu membuat kajian terhadap keperluan dan kekurangan masyarakat kemudian dibawa kajian tersebut kepada pemerintah. sebenarnya, inilah salah satu kaedah terbaik bagi menajamkan lagi kepintaran minda untuk bersosial atua berinteraksi dengan masyarakat dengan memahami situasi mereka dan membantu mereka ke arah yg lebih baik.
Friday, December 10, 2010
PERSEDIAAN PROGRAM NAM GLOBE '10

Satu lagi amanah yang terpkasa ku pikul. Di akhir bulan Oktober itu, aku mendengar khabar FTI bercadang mengadakan program global outreach. lantas apabila ada meeting yg diadakan oleh sahabat-sahabat sekelas, aku dipilihsebagai setiausaha program. Allah, berat rasanya hati ni. baru sahaja tamat Bengkel Rawatan Islam. sudah datang pula beban yg baru. namun ku terimanya dengan hati terbuka. mungkin ini peluang yg Allah beri untuk aku mengukuhkan lagi ukhwah aku dengan sahabat-sahabat dan memperbaiki diriku untuk menjadi pemimpin keluarga, bahkan mungkin pemimpin masyarakat pada masa akan datang. ku terima amanah itu dengan hati yg redha. di sinilah terujinya ukhwah antara kami, di sinilah juga menjadi wasilah pengukuh ikatan antara kami.
Sekali lagi aku terpaksa menghadapi pelbagai ragam kawan-kawanku yg pelbagai. ada yg menunaikan tanggungjawabnya dgn baik, ada juga yg cuba melaksanakan dgn baik tetapi tidak mampu, ada juga melaksanakannya sekadar-sekadar sahaja, bahkan ada yg menolaknya begitu sahaja. namun tetap ku gagahi juga. aku juga banyak kelemahan, terkadang silap bicara dan perlakuannya, namun tetap ku lakukan dgn sepenuh upayaku. biarpun masih ada yg hanya pintar berbicara di dalam meeting menunjukkan belangnya, namun goyang kaki di belakang orang. ada juga yg selalu datang lewat, bahkan tidak datang meeting dgn alasan masing-masing. apakan daya, aku hanya insan biasa,aku juga banyak silapnya.
Kertas kerja menghadapi pelbagai masalah, dua minggu sangkut di Fakulti Pendidikan. kemudian sangkut hampir 2mggu juga di International Student Council UTM. penajaan juga masih terlalu sedikit.masih tidak lagi bergerak. Dr.Farah dan Dr.Arieff selaku Penasihat Program selalu push kami supaya menyiapkan segala persediaan dgn baik. mereka juga banyak membantu dari segi pengurusan dan komunikasi dengan pihak yg berada di Aceh. Terima kasih buat kalian.
Peperiksaan Akhir Semester pada kali ini benar-benar teruji di kalangan aku dan ajk MT yg lain. di waktu orang lain sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, kami pula sibuk dengan pelbagai persiapan untuk program. banyak masa terpaksa dikorbankan untuk menyempurnakannya. peperiksaan kali ini umpama hanya ujian pertengahan semester.ada yg sempat diulangkaji sedikit, ada juga yg tak sempat langsung diulangkaji. segalanya kami serahkan kepada Allah untuk membantu.
Mudah-mudahan segala usaha kami dlm menyempurnakan amanah ini, diterima Allah sebagai ibadah yg sempurna. moga keputusan yg diperoleh nanti akan dibantu juga oleh Allah. moga Allah mengampuni sahabat-sahabat kami yg hanya memikirkan dirinya sahaja tanpa ada usaha membantu kami menjalani segala beban ini. insyaAllah.
