Friday, September 24, 2010

RAMADHANKU DI TAHUN 2010M/1431H

Ramadhan kali ini bermula dirasakan begitu cepat. Sedikit persiapan sahaja mampu ku buat. Amanah dan tanggungjawabku sebagai Timbalan Biro Kerohanian Kolej Dato Onn Jaafar, UTM menjadikan Ramadhanku kali ini terasa begitu berat. Banyak tugas dan kerja yang perlu diselesaikan. Apatah lagi kolej aku baru sahaja selesai melaksanakan tugas sebagai tuan rumah SUKAM peringkat UTM’2010. Selepas 2hari program SUKAM berakhir, bermula pula ramadhan. Aku dah Zanisahli sebagai pentol berusaha sebaik mungkin untuk mengimarahkan Ramadhan di kolej kami. Mencari imam, bilal, dan noja khas sempena Ramadhan kali ini. Sebelum ini tiada pun imam dan bilal yang khas di kolej sebab kami tiada surau besar yang khusus, yang ada cuma surau kecil di setiap block.

Kami terpaksa pasang khemah di court takraw untuk menghidupkan solat terawih dan tadarus al-Quran di kolej kami. Banyak masalah yang dihadapi seperti khemah terbang dan bengkok lantaran ketika itu musim hujan. Kemudian khemah pula terpaksa dinaikkan apabila menjelang malam dan diturunkan semula selepas digunakan pada setiap malam. Begitu juga dengan barang-barang lain seperti tikar, mikrofon, rak al-Quran, dan sebagainya. Banyak perancangan dan pelaksanaan harus dibuat dengan rapi kerana persiapan ‘last minute’. Banyak yang tertangguh kerana bebanan tugasan dari pensyarah dan juga sedikit kemalasan serta keterbatasan kudrat kurniaan Yang Maha Berkuasa.

Dukacita, barisan kepimpinan JKM kolej pula hanya 3@4 orang saja yang sama-sama beri bantuan. Ahli yang bukan sahaja tidak mahu sama-sama gotong-royong bahkan tidak turun sama-sama solat terawih. Mereka lebih memilih untuk solat di masjid luar kerana mungkin lebih selesa dan cepat. Padahal mereka bukan main hebat lagi sewaktu melaksanakan program SUKAM. Mengapa bila tiba program kerohanian, tidak diberikan komitmen yang sama hebat?

Nasib baik pada hari penutup semarak ramadhan di kolej iaitu program Khatam al-Quran dan Iftar Perdana, ramai dikalangan JKM yang turun sama-sama gotong royong walaupun tak sampai separuh dan ada yang cabut waktu orang sedang sibuk buat persiapan. Pada hari tu juga aku kena gigit lipan. Nasib baik lipan kecil, bisanya taklah seteruk mana walaupun berbisa. Tapi aku pergi juga klinik UTM atas nasihat dari Haris Jamri, salah seorang noja yang ku pilih. Selepas selesai urusan di klinik, aku pulang ke tapak program semula tanpa fikirkan bisanya masih terasa lagi. Ku mahu teruskan baki-baki tugasku di akhir Ramadhan ini. Syukur juga kerana pada malam itu juga beberapa khemah yang besar serta barang-barang di khemah dapat diselesaikan dan disimpan di dalam stor atas bantuan sahabat baikku, Saiful Amri. Mengajak ahli JKM yang lain untuk sama-sama membantu mengemas pada malam terakhir itu.

Semoga semua pihak yang sama-sama telah membantu menjayakan program semarak ramadhan di KDOJ tahun ini mendapat rahmat dan keampunan dari Allah berlipat kali ganda. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Moga diampunkan jua dosaku dalam banyak kekurangan dan kesilapan dalam menjayakan program ini. Moga segala penglaman dan ilmu program dari program ini dapat ku jadikan panduan dan iktibar pada diri di kehidupan yang mendatang. InsyaAllah.