Wednesday, March 2, 2011

ADAKAH PEMAKAIAN PURDAH ITU WAJIB ATAU HARAM?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ada ramai di kalangan kita yg menganggap orang yang memakai purdah itu kolot, ketinggalan zaman, ataupun haram hukumnya. tak kurang juga ada yang beranggapan bahawa memakai purdah itu suatu yang baik untuk memelihara kehormatan wanita, menghindarkan fitnah, ataupun wajib hukumnya. Namun, apakah hakikat sebenar purdah?

Sebenarnya, pendapat yang mengatakan memakai purdah itu wajib adalah berdasarkan Surah an-Nur, 24:31

Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya"

Walaupun demikian, Dr. Yusuf al-Qaradhawi mentarjihkan bahawa muka dan kedua tapak tangan bukanlah aurat. maka wanita tidak wajib menutupnya atau membukanya. ini berdasarkan dalil daripada surah al-Ahzab, 33:59;

Maksudnya: Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani.

Oleh yang demikian, apabila ada seorang wanita mengatakan bahawa mendedahkan muka itu haram dan wajib menutupinya, maka kita tidak boleh memaksanya mengikut pendapat lain yg dianggapnya sebaga silap.apatah lagi seandainya wanita itu dikenakan hukuman kerana memakai purdah.

Ini adalah kerana setiap hukum yg ditetapkan samada wajib, sunat, atau haram memakai purdah adalah ijtihad atau pendapat semata-mata. maka setiap orang adalah tidak berhak memaksa orang lain mengikuti sepertimana pandangannya kerana ia adalah ijtihad, bukan hukum yg qat'i(putus).

Di sebalik itu, tidak ada oseorang pun ulama yang mengharamkan pemakaian purdah samada dalam keadaan biasa ataupun dalam keadaan ihram. cuma yang diperselisihkan adalah hukumnya samada wajib, harus, ataupun sunat.

Bagi pendapat saya secara individu, saya bersetuju dgn pentarjihan yg dinyatakan oleh Dr.Yusuf al-Qaradhawi serta pendapatnya berkaitan tiada paksaan dalam pemakaian purdah. Namun, seandainya mahu diamalkan pemakaian ini hendaklah memahami dalil serta matlamat pengharusan pemakaian purdah. jangan kita berpurdah semata-mata mahu mengikuti hadis-hadis palsu yg menyatakan kelebihan-kelebihan pemakaian purdah.

Selain itu, jangan pula pemakaian purdah dijadikan alat untuk menutupi keburukan diri sendiri, padahal dalam masa yang sama dirinya melakukan maksiat. berusahalah untuk memperbaiki diri disebalik purdah itu. bagi orang yang tidak mahu menutup aurat dengan sempurna pula, jangan menjadikan alasan bahawa orang yg memakai purdah atau menutup aurat dgn sempurna adalah hipokrit, semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. mungkin ada sebahagian yg menyalahgunakan pemakaian purdah, tapi jangan sampai kita menjatuhkan hukum ke atas semua. sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dgn Allah. bagaimana baik pun seseorang yg tidak menutup aurat dgn sempurna, dia tidak terlepas dari dosa kerana tidak menutup aurat.

Wallahu a'lam..

(Sumber: Fatawa Muasirah, Jilid 5& 6)