Monday, February 28, 2011

PERJALANAN BERLIKU-LIKU DI HUJUNG PERSIMPANGAN

Di penghujung persimpangan jalan aku di bumi UTM ini, terlalu banyak liku yang perlu ditempuhi. dapatkah aku sampai ke destinasi dengan jayanya? dapatkah aku meraih segulung ijazah dari manusia dan segulung keredhaan dari Yang Maha Esa? Ya Allah, kukuhkanlah hatiku ini dalam berpaut utuh pada agamamu serta pasrah dalam setiap ujian demi mentaati semua perintahMu. moga luahan hati ini dapat meredamkan hati yang kian terhiris pedih.

Bermula dengan kisah semester lepas ketika menjadi s/u program ke Aceh. di kala diri berhadapan dengan ujian akhir semester, terpaksa juga membebani diri dengan gerak kerja sebagai s/u program. terasa berat perjalanan tersebut kerana hanya sedikit yang memberikan kerjasama. tak kurang pula yang hanya bijak bersuara mengeluarkan hujjah2 yang 'bernas' semata-mata 'mengatakan dirinya benar', ada juga mendiamkan diri seribu bahasa seolah-olah tiada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikulnya. amanah tersebut dipikul bersama rakan-rakan yang sama-sama menghayati erti ukhwah dan kerjasama. ada juga sahabat yang sememangnya tidak mahu pergi ke program atas alasan tidak mahu terlibat dengan gerak kerja.hanya mahu pergi suka2. namun, hebat mempertikaikan gerak kerja kita, diperli dan dicela semahunya.

perkahwinan abangku juga menyimpan kenangan sayu di hatiku. ada juga saudara2 yg terdekat yg kelihatan tidak senang dgn kesenangan yg dimiliki saudaranya. semua yg dilakukan saudaranya kelihatan salah belaka. kita pula diremehkannya. ada juga yang begitu berkira2 dlm memberikan pertolongan dan sebagainya.

kini, hidupku tidak seperti dulu. lebih banyak bersendirian daripada berkawan. mungkin inilah takdir di penghujung persimpangan ini, bersendirian lebih selesa berbanding hidup berkawan. namun, bukan mudah melalui perjalanan sebegini. hampir setiap hari hati ini mengangisi kesepian mencengkam jiwa ini. berusaha untuk melakukan yang terbaik, tapi sering di pandang sinis oleh mereka2. apalah dayaku. mungkin jalan terbaik selepas ini adalah berdiam diri.

kini adikku Zarith Sofea, yg kecil si manja itu terlantar di hospital kerana dihinggapi asma. masyaAllah, satu persatu ujianNya. moga semua ahli keluargaku tetap sabar menempuh ujian ini. moga adikku cepat sembuh dari penyakitnya agar dia dapat membesar dengan sempurna sehingga menjadi ulama yg berbakti pada umatnya dengan sepenuh jiwa raganya. moga dapat kami kembali bermanja dgnnya seperti dahulu.

Ya Allah. begitu berat dan banyak ujianMu di penghujung persimpangan ini. Kau jadikanlah aku hamba yg sentiasa kuat mengharungi segala ujian ini agar aku bisa beroleh segulung ijazah ilmu dan segulung ijazah keredhaanMu. agar hidupku di dunia ini menjadikan aku orang2 yg layak meraih redha dan syurgaMu di akhirat nanti.







3 comments:

  1. Ameen..

    Moga Allah permudahkan urusan...

    ReplyDelete
  2. Allah sygkan hambanya yang bernama Izzuddin Romli~

    :)

    ReplyDelete
  3. Setiap ujian itu adalah tanda kasih Allah kpd hambaNya... bersabarlah... Sesungguhnya Allah sedang berbicara tentang sabar kepadamu... shbt.

    ReplyDelete