Friday, January 14, 2011

SETELAH SEBULAN MENINGGALKAN BUMI ACEH DARUSSALAM

Sudah sebulan masa berlalu satu kenangan yang sangat berharga dalam hidupku. Merentasi awan jauh beribu kilometer menyeberangi Laut Selat Melaka demi mencari secebis pengalaman di bumi Aceh. Bumi yang pernah digemparkan dengan peristiwa Tsunami yang begitu dahsyat. Pengajaran dari Allah kepada hamba-hambanya supaya mendekatkan diri kepada-Nya. Mereka berubah, namun semua kesan itu hanya sementara. Kini mereka telah tersasar dari cara hidup yang lebih jauh dari Islam. Hanya segelintir sahaja yang masih berpegang teguh dengan tali-tali Allah.

Antara mereka yang amat ku sanjung adalah pejuang-pejuang di Pesantren Babun Najah. Mereka berjuang mendidik generasi baru supaya dapat memakmurkan kembali bumi Aceh dengan Islam pada masa akan datang. Mereka tidak berkira-kira tentang gaji dan tidak berkira-kira tentang status kehiupan. Impian hanya satu, demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi inspirasi perjuanganku pada masa akan datang. insyaAllah. Antara mereka yang ku ingat ialah:

1. Ustaz Edi Azhari

2. Ustaz Nur Khalid

3. Ustaz Ariffin

4. Ustaz Munawar Hafizhi

5. Ustaz Rizqi

6. Ustaz Multazam

7. Ustaz Thala

8. Ustaz Khairul Azwa

9. Ustaz Idris

10. Ustaz Eldino

Kenangan-kenangan indah bersama mereka tak mungkin dapat ku lupakan. Teringat hari terakhir di sana, aku bersama-sama ustaz Arifin menaiki motorsikal untuk pergi membeli kopi Aceh dan dendeng sebagai ole-ole untuk pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di Pesantren, kawan-kawan semua sudah siap sedia untuk bertolak pulang. Aku memulakan ucapan perpisahan dengan sedikit senda gurau, adakala nada sedih. Setelah selesai,kami pun menaiki bas, aku dan beberapa kawan menitiskan air mata kerana terlalu sedih untuk meninggalkan kenalan yang hanya baru 4 hari. Adakah ini benar-benar ukhwah yang sebenar? Mudha-mudahan. Azamku kuat untuk ke sana lagi. Moga tercapai cita-citaku ini.

No comments:

Post a Comment