Saturday, December 11, 2010

Disebalik Tsunami

Mengikut apa yg diceritakan, hampir 30tahun sebelum Tsunami, Aceh merupakan bumi yg sentiasa bergolak dan bermandikan darah. pasukan GAM (Gerakan Aceh Merdeka) berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Indonesia. menurut cerita yg diperolehi, Aceh merupakan negeri yg kaya dengan sumber minyak. namun kerajaan Indonesia mengambil semua hasil daripada minyak tersebut, kemudian memberikan hanya sedikit hasilnya kepada rakyat Aceh. bahkan semasa Indonesia mahu mendapatkan kemerdekaan, rakyat Aceh telah bergadai harta untuk memberikan kapal terbang kepada Indonesia untuk pergi menuntut kemerdekaan daripada penajajah. namun, semua itu seakan sirna, tiada apa-apa yg berlaku. begitulah cerita yg saya perolehi.

keadaan di Aceh menjadi kucar-kacir. rakyat semakin takut. saban hari ada sahaja rakyat Aceh dibunuh oleh tentera Indonesia. tidak kira sama ada orang yg dibunuh itu ahli GAM atau rakyat biasa. bahkan apabila malam menjelma, rakyat Aceh tidak berani untuk keluar ke rumah kerana takut dibunuh. namun pada masa itu, akhlak dan budaya rakyat Aceh masih dalam keadaan baik. masih mengikut adat kebiasaan dan landasan syariat Islam.

setelah peristiwa tsunami berlaku pada disember 2004, banyak perubahan yg telah berlaku. pada tahun yg pertama, masyarakat mula sedar akan bala Allah yg menimpa itu. semuanya kembali patuh dan sujud kepada Allah. masjid-masjid dipenuhi dengan jamaah setiap waktu solat. bahkan bagi sesiap yg berani membonceng berdua-duaan laki dan perempuan yg bukan mahram, akan dicaci maki oleh masyarakat dan dikatakan merekalah punca tsunami. bahkan mungkin akan dipukul.

Kekacauan daripada tentera Indonesia mula reda. mereka mula berdamai. Usaha GAM pun sudah tidak sehebat seperti sebelumnya. rakyat mulai merasa aman dan tenteram walaupun pada hakikatnya mereka masih sedih dan trauma dgn peristiwa tsunami yg merenggut berjuta-juta nyawa sahabat karib dan kaum kerabat serta memusnahkan pelbagai kemajuan yg dicapai.

Namun semua itu mungkin tidak terlalu bermakna kerana akhlak dan peribadi masyarakat Aceh mulai pudar, mulai terpengaruh dengan budaya luar. banyak bantuan daripada kerajaan dan NGO daripada negara luar. mereka membawa budaya pakaian dan pergaulan yg teruk ke dalam masyarakat Aceh. bahkan ada yg merekrut wanita-wanita Aceh untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat kampung dengan syaratnya mesti memakai pakaian ketat. pada mulanya, masyarakat kampung tidak mahu menerima.tetapi apakan daya mereka. sudah dihimpit kesusahan dan kedhaifan. mereka terpaksa akur kerana apabila mereka tidak setuju dengan perkara tersebut, mereka tidak akan menerima bantuan tersebut.

perkara ini terus berlanjutan sehinggalah keadaan ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat. masyarakat Aceh sudah mula terpengaruh dengan cara berpakaian dan cara pergaulan yg buruk itu. sehinggalah akhlak dan budi pekerti mereka lebih teruk daripada sebelum tsunami. bahkan ada sebahagia mereka yg berasa malu jika Aceh masih dikaitkan dengan Serambi Mekah kerana keadaannya sudah jauh berbeza terutama selepas tsunami.

demikianlah sebahagian catitan yg saya perolehi. mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua yg sudi membaca. segala kecacatan dan kekurangan dalam catitan yg serba kekurangan ini, harap dimaafkan dan diberikan cadangan dan idea untuk perbaikan.

wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment